Agenda Sidang Kemuncak Asia Timur Keenam

Fokus kembali Amerika Syarikat

Menteri Luar Negeri Amerika Syarikat Hillary Clinton (belakang, dua dari kanan) bersama Setiausaha Agung ASEAN Surin Pitsuwan (depan paling kanan) serta Menteri Luar Negeri lain dalam East Asia Summit Foreign Ministers’ Consultation, 2011

Presiden Obama melakukan kunjungan perdananya ke Sidang Kemuncak Asia Timur keenam yang menggaris kembali fokusnya Amerika Syarikat ke kawasan Asia Pasifik meskipun terdapat halangan dan pengurangan anggaran kongres.[1][2] Ini termasuk perluasan kehadiran tentera di Australia Utara yang menimbulkan kewaspadaan dari negara jiran seperti Indonesia dan China.[2] Menteri Luar Negeri Hillary Clinton akan melakukan lawatan rasmi Amerika Serikat pertama ke Myanmar (Burma) setelah lebih dari 50 tahun lamanya.[1][2]

Latihan tentera AS di Australia Utara

Pertemuan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bersama Perdana Menteri China Wen Jiabao di Sidang Kemuncak Asia Timur, 2011

Perdana Menteri Gillard mengadakan perbincangan dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono tentang pusat latihan tentera Amerika Syarikat di Darwin tidak disasarkan pada negara tertentu dan berada di sana untuk membantu pemulihan bencana dan memperkuatkan hubungan yang dijalin sekian lama dengan Amerika Syarikat melalui ANZUS yang berusia lebih dari 60 tahun[3] Presiden Yudhoyono juga menyampaikan kepada Perdana Menteri Australia Gillard, latihan pertahanan harus melibatkan negara-negara ASEAN dan juga China untuk mengurangkan ketegangan dan membangun kepercayaan.[3]

Perdana Menteri Australia juga mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri China Wen untuk mengurangkan kebimbangan mengenai pengaturan pertahanan.[4] Dia menegaskan kembali bahawa Australia akan memiliki sekutu di Washington dan seorang teman di Beijing.[4]

Sengketa maritim serantau

Tuntutan wilayah lautan di Laut China Selatan

Amerika Syarikat telah menyatakan bahawa pihaknya menyokong perundingan pelbagai hala secara serantau untuk memastikan perselisihan di Laut China Selatan diselesaikan secara damai meskipun bukan merupakan pihak dalam pertikaian wilayah dan menuntut tidak mengambil sebarang tindakan.[5][6] China memperkuatkan pandangannya bahawa perselisihan maritim harus diselesaikan secara berhala dengan semua negara yang terlibat daripada melibatkan kekuatan luaran yang mereka lihat sebagai gangguan dan penambahan lapisan kompleksiti.[5][6] China melihat Amerika Syarikat membawa pertikaian wilayah di Sidang Kemuncak tersebut sebagai dasar penahanan untuk melawan pengaruh ekonomi dan politik China yang berkembang di wilayah ini.[7] China terus menekankan kenaikan dan usahanya yang damai untuk bekerja dengan negara-negara jiran untuk mencapai kesepakatan mengenai perselisihan maritim.[7][6]

Kebimbangan negara-negara yang lebih kecil tentang pengaruh pengembangan jirannya di utara telah menyebabkan Amerika Syarikat untuk menjadi lebih terlibat di kawasan ini dan bertepatan dengan beberapa kepentingan mereka untuk mengimbangi China.[8] Hal ini juga memiliki pengaruh negara-negara yang memiliki suara individu kuat untuk berunding dengan China.[8]

Myanmar

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bersama Menteri Luar Negeri Hillary Clinton saat memberikan kenyataan berkaitan Myanmar di sela-sela KTT Asia Timur, 2011

Presiden Obama telah mengatakan bahawa beliau sedang menghantar Setiausaha Hillary Clinton ke Myanmar dalam beberapa minggu akan datag untuk terlibat dalam dialog mengenai hubungan yang lebih baik dengan Amerika Syarikat.[9] Pemerintah Burma dijalankan secara sivil sejak Mac 2011. Amerika Syarikat menekankan bahawa China diberitahu mengenai kunjungan tersebut dan tidak menggantikan hubungan kuat Myanmar dengan China.[9] Mereka juga menyatakan China ingin melihat Burma yang stabil berdekatan dengan sempadannya dan mengurangkan risiko seperti ketidakstabilan politik dan pelarian.[9] China ialah penyokong lama Myanmar yang kaya sumber daya dan telah memberikan bantuan kewangan dan pelaburan.[9] Pemerintah Burma telah berhujah bahawa mereka akan melanjutkan jalan terbuka melalui sempadan politik yang meluas dan membebaskan tahanan politik.[10]

Myanmar terpilih sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN yang akan diadakan pada tahun 2014 meskipun ada kebimbangan dari kelompok hak asasi manusia bahawa reformasi tersebut tidak cukup.[11][12] Negara-negara lain telah menyatakan bahawa pemberian pengerusi persidangam ASEAN akan mendorong pemerintah sivil Myanmar untuk melanjutkan langkah perubahan di negara yang secara ekonomi dan politik terasing oleh embargo dan sempadan.[12]

Rujukan

WikiPedia: Sidang Kemuncak Asia Timur Keenam http://www.smh.com.au/national/gillard-keen-to-rea... http://www.smh.com.au/national/invite-chinas-army-... http://www.smh.com.au/opinion/politics/asia-finds-... http://www.theaustralian.com.au/news/world/asia-ye... http://www.businessweek.com/ap/financialnews/D9R37... http://news.xinhuanet.com/english2010/video/2011-1... http://www.taiwannews.com.tw/etn/news_content.php?... http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-china-1581886... https://www.bloomberg.com/news/2011-11-17/myanmar-... https://www.google.com/hostednews/ap/article/ALeqM...